Pink Double Sketch Heart

Sunday, November 21, 2010

KAULAH SEGALANYA SAYANG...=)

Mungkin hanya Tuhan
Yang tahu segalanya
Apa yang kuinginkan
Di saat-saat ini
Kau takkan percaya
Kau selalu di hati
Haruskah ku menangis
Tuk mengatakan yang sesungguhnya

Kaulah segalanya untukku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakanmu
Tiada lagi yang kuharap
Hanya kau seorang


NUKILAN HATI INI...

Hati aku selalu inginkanmu

Takala memikirkan itu

Fikiran aku kian tak menentu

Menerima kau di dalam hidupku

Tak pernah aku bayangkan

Kau tahu, diriku

Walaupun aku bukan yang pertama

Mungkin aku juga bisa menjadi selamanya

Selagi aku masih bernafas

Selagi kau tidak dustai aku

Cinta dihati ini takkan putus

Dihati kecilku sentiasa berharap

Kau dapat membahagiakanku

Begitu juga dengan diri ini

Untuk kau kusayangi

Bermula karyaku yang kau tunggu

Untuk aku luahkan ekspresi cintaku

Walaupun sukar kau mengetahui itu

Aku cinta padamu

pantai leka n tanjung emas

hye 2 all my readers.....
td sy g pantai leka n tanjung emas....
bsama en ksyangn,pka,arif n atul....
at 1st sy mrajuk ngan mrka nie...
sbbnye jnji nak g 1 keta jek...
ye r,g 1 keta lg best...
blh huhahuha dlm keta...
btl x korg???
tp last2 g b'asingan....
memg xda mud lgsng r time 2...
bgang yg amat2....
tp pe blh bt....
huhuhu....
smpai2 jek kt pnati leka 2 stelah tsesat jap sblm tnye org....
makcik pka pjuk sy...
ye r..dia dh slhkan...
kna pjuk..agagaga.....

ktorg pun jaln2 r kt playground 2...
mn pmainan sukan yg da kt c2...
amik2 gmbr...
hahaha....
gler cam kot ktorg nie...
pe blh bt kan...
hahhaha.....
pas2 nek r menara yg xbpe nak tngi mane r....
kalo tingi memg say tq byk2 r untk nek...
pnt ok t...
hahaha......
pas2 jaln2 kt jeti.....
amik gmbr n bgambr n bgambr xbis2....

pas magrb 2 ktorg pun mnum n makan mlm....
just mam roti cnai jek....
sy mam byk....
roti bom n roti ksng...
sbbnye sy lpar yg amat....
plus roti dia sgt cdap n lembut ok...
kgkwn cube r g mam kt sane t k....

then ktorg pun b'edar pulang pas mam 2...
sngah jap kt masjid jamek bdekatan....
en ksaygn n arif nak smbahyg....
kaum hawa xdpt bt pape sbb masing2 dtg bulan....
malu plak tetibe nak ngaku kt cnie...
tp pdulik apa haku...
hahaha.....

sesudah dorg smbhyang.....ktorg plan r nak p mane aftr dat...
at last ktorg pk nak lpak kt tnjung....
sib bek bla sesampai kt tnjung 2...
da event ckt....
da tarian zapin n kuda kepang 2....
sgt klakr time tarian kuda kepang 2....
n xbestnye sy trus pning pale yg amat pas2...
xtau r nape...
huhuhu...

dlm kul 9lbh 2....
ktorg pun b'angkt pulang ke rumah masing2....
ye r...letih kot...
dr ptg smpai ke malm bjaln...
hehehe.....
hepi sgt2 time 2....
wpun xda bt pe sgt....
thanx korg....
luv u ols so much r....
muahxxx.....

Friday, November 19, 2010

6 jenis wanita yang mudah ditipu or dimain-mainkan oleh lelaki.. Renungkanlah..

td tgk note dr aryf razak...pasal 6 jenis wanita yang mudah ditipu / dimain-mainkan oleh lelaki...so,sy nak share r ngan kaum hawa kt luar sane...korg jgn mudah dpmainkn,dpbodohkn dll r dgn kaum adam nie k...korg jgn r tgolong dlm jnis2 pmpuan yg sy akn mention kt bwh nie....

1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki.


Salah satu sifat yang penting dalam perhubungan adalah kepercayaan. Kepercayaan seorang wanita terhadap pasangan tidak dapat disangkal. Bila dah sayang, apa sahaja yang pasangan katakan, akan percaya 100%. Banyak wanita meletakkan kepercayaan penuh terhadap pasangan, sebagai tanda tulusnya cinta. Mempercayai pasangan itu perlu, tapi berpada-pada, apalagi bagi yang belum ada ikatan. Kerana kepercayaan yang “total’ akan meletakkan diri anda dalam bahaya. Salah satunya jika anda disakiti oleh pasangan. Setelah diberi kepercayaan yang penuh, anda dikhianati, impak yang anda akan terima tentu menyakitkan.

Ingat! Lelaki yang baik, soleh, jujur dan bertanggungjawap sentiasa takut akan Allah. Sifat lelaki yang soleh memang senang dilihat, sebagai contoh banyak berdiam diri, menundukkan pandangan, menjaga solat, mengawal pergaulan sesama kawan atau member2, mengambil berat tentang hak keluarga dan saudara sesama muslim, dan sebagainya. Lelaki sekarang sudah terbiasa dengan gejala melihat vdeo-vdeo porno kerana perkara itu dianggap sebagai perkara "biasa" dan rasa takut akan azab Allah itu jauh sekali dari hatinya. Berhati-hatilah. Jika kehadiran seorang lelaki itu membuatkan kita lebih dekat kepada Allah, beruntunglah kita. jika tidak, jauhi ia. kerana tiada cinta yang abadi melainkan cinta kepada Allah swt.


2. Wanita yang “terdesak” untuk mendapatkan pasangan.


Samada yang terdesak mencari kekasih atau suami, golongan wanita yang sebegini mudah untuk ditipu, sama ada ditipu dari segi material atau perasaan, dengan usia yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasangan risau akan status diri. Walaupun pada zaman yang semakin canggih ini, melihat wanita yang berkerjaya lewat berkahwin adalah perkara biasa, namun majoriti wanita yang semakin meningkat umurnya risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup.

Dalam keadaan seperti ini, kadangkala mereka boleh “terlepas pandang” tentang sikap, kualiti, dan peribadi lelaki yang dipilihnya itu. Ini memungkinkan mereka menjadi mangsa “buaya professional” yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan ke atas wanita seperti ini. Kalau anda dalam golongan wanita seperti ini, ingat… biar lambat, asal selamat!


3. Wanita “sosial”.


Sosial dalam hal ini ialah suka kepada “night life”, disko, berparti, “clubbing”, pergaulan bebas tanpa had dan hidup dengan falsafah “life is short, so have fun!”, atau “masa muda ni la nak rasa macam-macam..” Wanita-wanita ini (lebih ramainya gadis remaja), yang melibatkan diri dengan cara hidup bebas dan sosial seperti ini terang-terangan mendedahkan dan “mengiklankan” diri sendiri kepada “species” lelaki pemangsa wanita. Bersosial tanpa batasan adalah di antara resepi utama yang menyebabkan ramai wanita dan gadis remaja ditipu sekaligus dirosakkan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab.


4. Wanita yang tidak mementingkan ilmu.


Wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan, perkahwinan dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah dari universiti terkenal. Wanita yang berilmu dalam konteks ini ialah wanita yang mampu memandu dirinya supaya tidak “terpilih” lelaki penipu dan berbahaya. Sekiranya dia “terjebak” dengan lelaki penipu/berbahaya, dia tahu apa yang perlu dilakukan atau di mana untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.

Ia juga bermaksud wanita yang mengetahui hak-haknya sebagai wanita. Wanita yang berilmu juga berani “membetulkan” keadaan dan mempertahankan haknya bila perhubungan terganggu/diganggu sama ada oleh pihak ketiga atau pasangannya sendiri. Wanita yang mempunyai segulung ijazah atau Ph.D pun boleh ditipu dan dipermainkan lelaki “species berbahaya” ini…apatah lagi jika wanita yang hanya meletakkan 100% kebahagiaannya ke atas lelaki dan langsung tidak mahu atau mengambil mudah untuk meningkatkan ilmu dalam diri?


5. Wanita yang memandang “faktor fizikal” sebagai salah satu ciri utama pada lelaki idamannya.


Mudah jatuh cinta dengan lelaki handsome? Atau mungkin juga lelaki “cute”, “macho”, dan mempunyai fizikal yang begitu menggoda hati? Ingat..semakin “handsome”, “cute”, “sexy” seseorang lelaki itu, sebenarnya semakinlah anda perlu menggandakan “sistem pertahanan” diri. Kalaulah ramai wanita boleh diperdayakan oleh lelaki yang TAK “handsome” dan seumpamanya, apatah pula risiko ditipu oleh lelaki yang “handsome”? Ingat.. “handsome”, “cute”, dan seumpamanya itu pada seseorang lelaki sepatutnya BUKAN menjadi antara ciri-ciri utama lelaki idaman wanita. Ia sepatutnya hanya menjadi ciri-ciri “bonus” lelaki idaman wanita.

Nasihat untuk wanita yang mudah “cair” dengan lelaki seperti ini, dan menjadikan lelaki seperti ini sebagai “target” utama ciri bakal pasangan hidupnya: fikir masak-masak! Anda mungkin sedang diperhatikan oleh “pemangsa handsome dan sexy” yang sentiasa mencari wanita untuk ditipu dan dipermainkan..nauzubillah


6. Wanita yang “sabar” tidak bertempat.


Wanita dalam golongan ini boleh kita katakan jenis yang selalu “makan hati”. Dia didera (fizikal atau perasaan), tidak dihargai, sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan namun masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar dia terseksa dan tertekan. Soalnya di sini, bila diperlakukan sebegitu, dia hanya “berharap” pasangannya akan berubah pada satu masa nanti TANPA mengambil tindakan yang sewajarnya.

Tidak salah bersabar. Malah sabar adalah satu sikap yang baik, dituntut, terpuji, dan mulia. Namun demikian, sekiranya kesabaran itu akhirnya membawa mudarat terhadap diri sendiri, sesuatu perlu dilakukan. Bersabar walau diperlakukan apa sahaja oleh lelaki/pasangan seperti ini seolah-olah memberi “lesen” kepadanya untuk terus mendera, menipu, dan menghina maruah wanita yang terlibat.



hope kamo bukan r pmpuan yg tergolong dlm senarai d atas nie k..kalo x,memg akn dpmainkn r dgn kaum adam t...renung2kan k...(^_^)

RAHSIA DI SEBALIK AWALAN NAMA

Kata orang, nama melambangkan peribadi. Sebab itu, masyarakat Melayu misalnya sangat menitikberatkan tentang pemilihan nama bayi yang baru lahir. Oleh itu, nama yang dipilih bukan berdasarkan "sedap" disebut semata-mata tapi juga mempunyai makna yang baik...


Apa pendapat kamu????Adakah tafsiran nama berikut secocok dengan pemiliknya???


A - Melambangkan seseorang itu bijak

B - Berpengaruh ke atas diri orang lain dan mengutamakan material

C - Mudah terikut-ikut tapi jujur dalam persahabatan

D - Wahh! Minah/ Mat gugup rupanya kamu nie yek!!

E - Jangan tak tahu, kamu sebenarnya seseorang yang suka mencari pasal dengan orang lain.

F - Tidak dinafikan lagi, kamu pandai berdikari dan tidak suka bergantung pada orang lain.

G - Seseorang yang rajin dan bekerja keras untuk hidup

H - Mengutamakan keceriaan dan kegembiraan dalam hidup

I - Sentiasa perlukan perhatian daripada orang lain

J - Tak sukar untuk berurusan dengan kamu ni...sempoi aja

K - Kamu ni jenis yang lembut hati dan tak suka simpan dendam

L - Sering menarik perhatian orang yang berlainan jantina

M - Agak kaku tapi mampu menjadi ketua yang baik

N - Sanggup menghadapi apa juga rintangan dalam mengejar impian dan cita-cita

O - Suka menyendiri

P - Seorang yang baik dan mudah menyayangi orang lain

Q - Tak suka dedahkan diri kepada orang lain dan lebih suka misteri

R - Seorang yang kuat bekerja

S - Berpendirian kukuh dan bersemangat

T - Romantis orangnya

U - Kamu seorang yang pendiam dan agak sukar berkomunikasi dengan kamu

V - Kadang kala sikapnya sering disalah anggap

W - Agak lambat bertindak tapi tetap akan dilakukannya

X - Sabar, teliti,tekun

Y - Pintar dan mampu pengaruhi orang lain

Z - Sukar untuk dinilai dan diduga perlakuan mereka.


awalan nama aku N...maksudnya aku nie sorg yg sanggup menghadapi apa juga rintangan dalam mengejar impian dan cita-cita....memg r..kadng2 aku akn bt apa jek...xksah r cre bek ke buruk ke...jnji aku dpt pe yg aku ingnkn...hahahaa.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...